Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga.....yang baik itu budi, yang indah itu bahasa....




Selasa, 11 Oktober 2011

RENYAI MENYAPA GERIMIS PETANG,
       MARI BERTEDUH DI POHON BIDARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
       AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.


Baca dan bersama kita hayati.............


Kesantunan terbahagi kepada beberapa aspek antaranya,

  • Kesantunan berbahasa
  • Kesantunan dalam komunikasi lisan dan tulisan
  • Kesantunan dalam pengucapan awam
  • Kesantunan wawancara
  • Kesantunan bahasa dalam pengacaraan majlis 

Kesantunan berbahasa memerlukan aspek kesempurnaan bahasa untuk membolehkan pendengar mendapat maklumat yang jelas tentang perasaan dan fikiran yang disampaikan. Sesungguhnya bahasa yang sempurna adalah bahasa yang tepat, jelas, betul, indah dan bersopan-santun. Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun, dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. 

Kesan daripada penggunaan bahasa yang santun akan dapat melahirkan murid yang,
  • Berbudi pekerti
  • Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa, guru dan rakan
  • Berperibadi baik
  • Kaya dengan budaya

1 ulasan:

  1. GAYA DIRI YANG SOPAN:

    1.Gaya berdiri
    2.Gaya berjalan
    3.Gaya duduk
    4.Gaya bangun
    5.Gaya naik tangga
    6.Gaya turun tangga
    7.Tatacara masuk dan keluar dari kereta.

    BalasPadam